HOT ITEM!!

HOT ITEM !!







#BANTAL COMFORTER 2in1 RM40 #SET CADAR 4PCS POLYCOTTON RM22 >BELI 2 = RM40 # SET COMFORTER 7PCS QUEEN 100% COTTON RM80 #SET COMFORTER 7PCS KING RM199 #SET CADAR 4PCS 100% COTTON QUEEN RM32, SINGLE RM26 #SELIMUT COTTON QUEEN RM28, CADAR+COMFORTER ANGRY BIRD RM128, CADAR +COMFORTER KARTUN RM128



Thursday, 21 March 2013

MENEROKA GUANGZHOU (Part 1)

Masa untuk meneroka Guangzhou! Pusat borong kebanyakannya dibuka pkl 10am. Tp Subuh kt sini seawal 5am..so pkl 6am tu dah kena bangun la..kalau tak, subuh gajah la jwbnya. Pagi tu, kami breakfast kt bilik je..masak air & rendam nasi goreng segera 'Brahim' je..emm sedap jugak..
 
Pkl 9am kami mula bergerak..jln kaki je dari Forest Hotel ke stesen metro..lebih kurang 10mnt. Kt sini guna token..pergi kt mesin tu..tekan tmpt nak pergi, utk brp org, masuk je duit..nanti keluar la token tu sekali bakinya kalau ada. Kt sini, kalau tersalah beli tiket pun tak risau..hehe..contohnya katalah kita beli tiket utk turun di hentian ke tiga..tp kita tersalah turun di hentian keempat..maknanya nilai tiket kita tak cukup kan..so bila kita masukkan token utk ke laluan keluar, token tu keluar balik & laluan tak terbuka..jgn panik ye..just pergi kt kaunter tepi laluan tu, tunjuk je kt pekerja kt situ..dorang tau dah ni mesti kes bayar tiket x cukup ni..kita cuma diminta bayar jumlah yg tak cukup td, then dorang bg balik token td utk dimasukkan dlm lubang token..then terus boleh jln..takdenya nak denda2..bagus kan?
 
 
ok, tmpt pertama yg kami tuju, mestila pergi beli simkad dulu..senang nak call sedara-mara kt Msia..murah sikit. Kt sini ada 2 sykt telekomunikasi yg popular, iaitu China Mobile & China Telecom. Satu kad prepaid tu 100Yuen. Dlm tu ada nilai 70Yuen. Boleh pilih nombor yg kita suka, then dorang terus aktifkan.
*Buat panggilan dr China ke Msia (cth no. yg anda nak hubungi: 012-9604122)
Tekan 12593-006-012-9604122 (12593 adalah IDD code, 006 adalah kod negara)
*Caj yg dikenakan hanya 1Yuen/minit berbanding 8.80Yuen/minit tanpa menggunakan kod.
 
 
ok..dah settle bab telefon..jom survey kedai borong pulak..tempat pertama kami singgah adalah kedai borong jersey..kt sini, kita boleh juga tempah jersey apa yg kita nak..cina tu siap tunjukkan contoh2 jersey yg pernah ditempah oleh org Msia. Jersey pasukan Kelantan pun dia tahu..hehe..kami dpt hg RM11 je sehelai..mungkin org lain boleh dpt hg lebih rendah..semuanya bergantung kpd qty yg kita nak & kekerapan kita order dgn dorang.
 
 
Hampir pkl 12 t/hari..dah nak masuk waktu zuhur..hari ni hari Jumaat. Kami berjalan menghala ke masjid Abi Waqas. Setiap hari Jumaat, ada pasar berdekatan masjid yg menjual pelbagai makanan. Kebanyakannya peniaga Islam & halal. Kami singgah makan dulu..lapar la..
 
 
 
Orang China ni memang suka makan xde kuah tau..tp nasib baik nasinya lembut je & kebanyakan kedai makan kami perasan mesti ada sejenis sambal..haa..yg tu la yg kami jadikan kuah..hehe..sedap jugak sambal tu..belasah je la..satu lagi, dorang tak jual air..huhu..nasib baik bawa air siap2.
Emm..dah kenyang, jom pi solat..yg lelaki solat Jumaat, yg pompuan solat Zuhur tp sama waktu je..
 
 
 
Selesai solat, terus ambil teksi ke Nanfang, tmpt borong brgan elektrik & digital. Sblm terlupa, terus belikan buah tangan utk anak2 dulu ~ tablet & PSP. Lepas tu, sessi bergambar tepi tasik sambil tgk cruise..
 
 
Malam tu, sekali lg menikmati makan malam di Restoran Salam. Tamat lah sudah acara utk hari ni. Emm..baru hari pertama..kaki dah terasa kebas2..malam tu tidur lena..sedar2 dah siang..hampir2 terlepas subuh..huhu
 
Hari kedua kami keluar awal sikit sbb nak ke tmpt jauh sikit cari cadar/selimut. Kami ke Nantian. Kt sini, semua kedai tu mcm stor je..banyak sgt stoknya. Kt mana2 pun ada bungkusan besar2 tersedia utk dihantar kpd pemborongnya.
 
 
 
Tp kami x jumpa apa yg kami cari kt sini..cuma ada satu tmpt tu bg hg borong yg sgt2 ok tp susah nak pilih design pulak..sbb stok byk sgt..bersusun2 ..nak tgk pun susah. So, kami ambil keputusan utk ke satu tmpt lg..Highsun. Kt sini nampak mcm tmpt shopping sikit..high class sikit..so harga pun up la sikit..tp ok la..yg penting puas hati sbb dpt pilih yg berkenan di hati.
 
 
 
Dah siap pilih semua yg nak, bayar separuh je dulu. Sepatutnya lagi separuh bayar setelah brg dihantar ke gudang tp slps berbincang, kami setuju utk bayar selepas dorang siap packing brg kami tu & semua kerja2 packing dibuat di hadapan kami.
 
 
 
 
Dah settle semua, hari pun dah ptg..masa utk balik ke hotel..skrg waktu puncak..org tgh balik kerja..so kami pun tenggelam la di tgh2 warga Guangzhou tu..
 
 
Malam keluar lg jalan2 cari makan. METRO LRT ni la transport utama kami di sini..dekat, murah, cepat & senang.
 
 
Lepas makan, merayau pulak ke Beijing Lu..tgk apa ada kt sana..beli cenderahati sikit2..baju2 kt kedai2 sepanjang jalan tu murah juga..T.Shirt yg kain elok pun boleh dpt RM15 je sehelai..tgh SALE
 
 
 
Tamat la sudah acara hari kedua..hmm..cepat je masa berlalu..masih byk lg senarai yg nak cari ni..
Kita STOP dulu ye..bersambung di next episode..TUNGGU!


Saturday, 1 December 2012

GUANGZHOU-Here We Come!

Akhirnya, sampai juga masa yg ditunggu2.. Tiket flight ke Guangzhou 21/11/12 pkl 4.25pm. Pkl 2.15pm lg kami dah sampai LCCT. Tunggu 2 org lg kawan, ikut janji pkl 3pm.. Lepak dulu la.. Dah solat, makan kt rumah td..
 
 
Smlm pun dah dtg sini..hantar anak2 balik rumah neneknya kt Kelantan. Mlm tu pulak terus balik KL Parkir kereta kt sini dari 8am sampai 11pm dgn bayaran RM44..huh! boleh tahan..
 
Kawan kami M datang lambat..mula la kelam kabut nak daftar luggage lg..queue pulak punya la panjang..dah pkl 4.15! Sampai turn kami, dorang tolak mcm tu je brg, x timbang pun, terus suruh kitorang berlari ke gate dlm masa 1 minit tau! Gate dah nak tutup! Apa lg, kami berlari la..habis potong queue..guard pun faham je..nasib baik sempat! Penat giler! Rupanya flight delay sikit dlm 10mnt..dah masuk dlm perut flight, huh! lega..x sabar nak sampai Guangzhou!
 
 
Pkl 8.30pm sampai Baiyun International Airport..ambil luggage..semua dah dpt..tp beg M td xde! Terpaksa la buat report kt kaunter 'lost & found'. Rupanya memang byk kes beg hilang..mungkin tertukar..atau dicuri.. Moralnya, lain kali kena bawa beg yg warna lain dr yg lain..sbb kebykan beg kaler hitam je..
 
Ini beg2 yg tak dituntut
 
Dah settle pasal beg hilang, kami keluar mendapatkan teksi utk ke hotel. Stesen metro pun ada kt tingkat bwh airport ni tp setakat pkl 11 tp utk lebih selesa & senang, kami ambil teksi je..
 
 
Teksi memang byk..beratur je..just tunjukkan kad hotel yg kita nak pergi, then dorang akan hantarkan. Kalau nak bg alamat hotel, kena dlm bahasa cina tau! Sbb dorang x faham. Selalunya tambang dari airport ke hotel dlm RMB100 je(ikut meter) tp termasuk tol dlm RMB120.
 
Kami naik 2 buah teksi mlm tu. Aku & husb 1 teksi..kami pun hampir 'terkena'. Bila sampai hotel, meter menunjukkan RMB97 je tp driver tu minta kami bayar RMB150. Apa lg, bertekak la..minta resit..dia tetap nak RMB150..huhu..husb bayar juga..last2 lps keluarkan beg dr bonet, aku buat2 ambil gambar teksi tu..driver tu terus keluar..suruh delete gambar tu..ha..tau pun takut..tp sbnrnya, aku pun dah mula takut..lps tu, dia masuk dlm teksi & panggil kami..bg baki RMB21..hee..menang jugak. (*nasib baik pergi kursus dgn SJ. Ini tips yg aku dpt dari kursus tu..kalau tambang lebih drp RMB120, maknanya kita dah kena tipu..ugut sikit driver tu..dia mesti takut punyer..hehe)
 
 
Ini la tmpt tinggal kami selama 5h5m ni.. Kitorng dah book awal2 lg.. Lepas check in, masuk bilik masing2, letak brg, keluar balik..apa lg..cari makan..lapar la..masa ni dah 10.30pm
 
Kami pergi Restoran Salam. Makan ala kadar je la..tp sedap juga..
 
 
Siap makan, balik hotel, berehat.. Huh..sepanjang perjalanan kami dr Malaysia ke Guangzhou hari ni, byk betul pengalaman yg kami dpt..
 
Badan dah penat..nak mandi pun dah tak larat.. Akhir nya ter zzz.. Tak sabar nak teroka bumi Guangzhou esok!!
Tunggu!!




Tuesday, 23 October 2012

BUAT PASPORT

Kali ni CM nak buat entry tentang prosedur buat pasport. Untuk pengetahuan, CM buat pasport ni kat Pejabat Imigresen Shah Alam (dalam bangunan PKNS)

 
CM sampai sana dalam pukul 1.30pm. Orang punya la ramai..mungkin sebab hari Isnin. CM terus ke 'kaunter nombor giliran & pertanyaan'. CM baru pertama kali nak buat pasport, manakala en. suami nak perbaharui pasportnya sebab baki cuma tinggal 3 bulan je lagi. Kami sebenarnya nak ke Cina bulan depan. Pergi ke Cina perlukan visa & untuk buat visa, baki tempoh sah laku pasport mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan.

Ok..kt kaunter tu, kami diberi borang yang sama..kena isi borang tu dulu..maklumat biasa je seperti nama, alamat, negeri asal & ketinggian (tempat ukur ketinggian ada disediakan kat depan kaunter tu) kemudian baru pergi balik ke kaunter tadi untuk dapatkan nombor giliran. Nasihat CM, bawalah pen sendiri ye..sebab boleh cepat isi borang & cepat la dapat nombor giliran..

Lepas tu, tunggu dalam 15 minit, dah sampai giliran..sekejap je sebab kaunter banyak & urusan setiap orang pun tak sampai 5 minit. Kat kaunter tu, bagi borang tadi, IC & gambar pasport 2 keping. Diorang cuma nak sahkan cap jari je..kalau takde masalah, sekejap je la. Tapi kalau cap jari tak boleh dibaca kat mesin tu, diorang akan minta dokumen sokongan lain seperti surat beranak..so kena la standby bawa surat beranak ye..takut terberanak pulak kat situ..hehe

Dah settle, duduk dulu..Dalam 15 minit, nama kita akan dipanggil(dengan mikrofon tau)..Sebenarnya ni kaunter bayaran..so buat la bayaran yang sepatutnya. Kami buat 5 tahun, so bayarannya RM300 seorang.. kalau 2 tahun RM100 seorang. Selepas buat bayaran, diorang akan bagi resit macam ni:

 
 Dah dapat resit ni, kita kena tunggu 2 jam sebelum boleh ambil pasport. Emm..nasib baik la CM buat kat cawangan Shah Alam..dekat dengan shopping kompleks. Nak habiskan 2 jam tu, kami pergi la makan2 & window shopping dulu. Kalau yang belum solat lagi, boleh la solat dulu dalam surau PKNS tu(CM dah lupa tingkat berapa)

Lepas 2 jam, datang balik ke Pejabat Imigresen tu, terus ke kaunter 1, tunjukkan resit tadi, then diorang akan bagi nombor giliran(yang nombor kat atas tu). Kali ni lama sikit menunggu dalam setengah jam gitu..Bila nombor dah naik, terus ke kaunter 1..dapat lah akhirnya pasport tu..kena check dulu tau..nama, no ic betul atau tidak..then diorang suruh kita sign kt pasport tu. SIAP! Kalau nak cover untuk pasport, diorang ada jual kt kaunter tu RM2 je.

Pasport lama en suami diorang kasi balik tapi dah kena 'tanda' la..hehe..simpan buat kenangan.

 

Yang CM perasan, ada sedikit perbezaan pasport lama en suami dengan yg baru ni. Yang lama tu buat tahun 2008.
 
 
Kalau tengok gambar atas ni, yang ada 'tanda' tu yang lama, & yang sebelah kiri tu yang baru. Perbezaan pada muka surat pertama pulak macam kat bawah ni. Pasport baru kena belek sehelai lagi baru ada muka CM yang comel tu..hehe
 
 
 Tak kisah la macam mana pun, yang penting CM dah ada pasport..yeayy!! Bulan depan nak ke Guangzhou Cina.. Nak borong apa ek..? Korang ada idea tak? Share la sini..

Monday, 8 October 2012

T.SHIRT LABUH ELYSEE

*Material : soft cotton
*Free Size (muat sampai L), labuh 32"
HARGA : RM40
Postage : RM6(smnj)/RM9(sabah/srwk)

KOD : BM 01-01

KOD : BM 01-02

KOD : BM 01-03

KOD : BM 01-04

KOD : BM 01-05

KOD : BM 02-01

KOD : BM 02-02

KOD : BM 02-03

KOD : BM 02-04

KOD : BM 03-01

KOD : BM 03-02

KOD : BM 04-01

KOD : BM 04-02

KOD : BM 04-03

KOD : BM 04-04

KOD : BM 04-05

KOD : BM 04-06

Berminat?
SMS 012-9604120 atau email kasihaidiel35@gmail.com
atau lawati page kami http://www.facebook.com/ComfortershopMizmas LIKE & pm/message di page.

Monday, 16 July 2012

SELIMUT COTTON KARTUN

*Saiz Queen 80" x 65"
*Tebal, lembut & selesa (berat 800g)
*Boleh dijadikan alas tilam
*HARGA : RM32/pc
KOD : SK 81
KOD : SK 82

KOD : SK 83

KOD ; SK 84

*Harga tidak termasuk postage

*Utk ORDER & pertanyaan, SMS 012-9604120 atau email kasihaidiel35@gmail.com atau lawati page kami http://www.facebook.com/ComfortershopMizmas & komen atau pm terus di sana.