HOT ITEM!!

HOT ITEM !!







#BANTAL COMFORTER 2in1 RM40 #SET CADAR 4PCS POLYCOTTON RM22 >BELI 2 = RM40 # SET COMFORTER 7PCS QUEEN 100% COTTON RM80 #SET COMFORTER 7PCS KING RM199 #SET CADAR 4PCS 100% COTTON QUEEN RM32, SINGLE RM26 #SELIMUT COTTON QUEEN RM28, CADAR+COMFORTER ANGRY BIRD RM128, CADAR +COMFORTER KARTUN RM128



Thursday 21 March 2013

MENEROKA GUANGZHOU (Part 1)

Masa untuk meneroka Guangzhou! Pusat borong kebanyakannya dibuka pkl 10am. Tp Subuh kt sini seawal 5am..so pkl 6am tu dah kena bangun la..kalau tak, subuh gajah la jwbnya. Pagi tu, kami breakfast kt bilik je..masak air & rendam nasi goreng segera 'Brahim' je..emm sedap jugak..
 
Pkl 9am kami mula bergerak..jln kaki je dari Forest Hotel ke stesen metro..lebih kurang 10mnt. Kt sini guna token..pergi kt mesin tu..tekan tmpt nak pergi, utk brp org, masuk je duit..nanti keluar la token tu sekali bakinya kalau ada. Kt sini, kalau tersalah beli tiket pun tak risau..hehe..contohnya katalah kita beli tiket utk turun di hentian ke tiga..tp kita tersalah turun di hentian keempat..maknanya nilai tiket kita tak cukup kan..so bila kita masukkan token utk ke laluan keluar, token tu keluar balik & laluan tak terbuka..jgn panik ye..just pergi kt kaunter tepi laluan tu, tunjuk je kt pekerja kt situ..dorang tau dah ni mesti kes bayar tiket x cukup ni..kita cuma diminta bayar jumlah yg tak cukup td, then dorang bg balik token td utk dimasukkan dlm lubang token..then terus boleh jln..takdenya nak denda2..bagus kan?
 
 
ok, tmpt pertama yg kami tuju, mestila pergi beli simkad dulu..senang nak call sedara-mara kt Msia..murah sikit. Kt sini ada 2 sykt telekomunikasi yg popular, iaitu China Mobile & China Telecom. Satu kad prepaid tu 100Yuen. Dlm tu ada nilai 70Yuen. Boleh pilih nombor yg kita suka, then dorang terus aktifkan.
*Buat panggilan dr China ke Msia (cth no. yg anda nak hubungi: 012-9604122)
Tekan 12593-006-012-9604122 (12593 adalah IDD code, 006 adalah kod negara)
*Caj yg dikenakan hanya 1Yuen/minit berbanding 8.80Yuen/minit tanpa menggunakan kod.
 
 
ok..dah settle bab telefon..jom survey kedai borong pulak..tempat pertama kami singgah adalah kedai borong jersey..kt sini, kita boleh juga tempah jersey apa yg kita nak..cina tu siap tunjukkan contoh2 jersey yg pernah ditempah oleh org Msia. Jersey pasukan Kelantan pun dia tahu..hehe..kami dpt hg RM11 je sehelai..mungkin org lain boleh dpt hg lebih rendah..semuanya bergantung kpd qty yg kita nak & kekerapan kita order dgn dorang.
 
 
Hampir pkl 12 t/hari..dah nak masuk waktu zuhur..hari ni hari Jumaat. Kami berjalan menghala ke masjid Abi Waqas. Setiap hari Jumaat, ada pasar berdekatan masjid yg menjual pelbagai makanan. Kebanyakannya peniaga Islam & halal. Kami singgah makan dulu..lapar la..
 
 
 
Orang China ni memang suka makan xde kuah tau..tp nasib baik nasinya lembut je & kebanyakan kedai makan kami perasan mesti ada sejenis sambal..haa..yg tu la yg kami jadikan kuah..hehe..sedap jugak sambal tu..belasah je la..satu lagi, dorang tak jual air..huhu..nasib baik bawa air siap2.
Emm..dah kenyang, jom pi solat..yg lelaki solat Jumaat, yg pompuan solat Zuhur tp sama waktu je..
 
 
 
Selesai solat, terus ambil teksi ke Nanfang, tmpt borong brgan elektrik & digital. Sblm terlupa, terus belikan buah tangan utk anak2 dulu ~ tablet & PSP. Lepas tu, sessi bergambar tepi tasik sambil tgk cruise..
 
 
Malam tu, sekali lg menikmati makan malam di Restoran Salam. Tamat lah sudah acara utk hari ni. Emm..baru hari pertama..kaki dah terasa kebas2..malam tu tidur lena..sedar2 dah siang..hampir2 terlepas subuh..huhu
 
Hari kedua kami keluar awal sikit sbb nak ke tmpt jauh sikit cari cadar/selimut. Kami ke Nantian. Kt sini, semua kedai tu mcm stor je..banyak sgt stoknya. Kt mana2 pun ada bungkusan besar2 tersedia utk dihantar kpd pemborongnya.
 
 
 
Tp kami x jumpa apa yg kami cari kt sini..cuma ada satu tmpt tu bg hg borong yg sgt2 ok tp susah nak pilih design pulak..sbb stok byk sgt..bersusun2 ..nak tgk pun susah. So, kami ambil keputusan utk ke satu tmpt lg..Highsun. Kt sini nampak mcm tmpt shopping sikit..high class sikit..so harga pun up la sikit..tp ok la..yg penting puas hati sbb dpt pilih yg berkenan di hati.
 
 
 
Dah siap pilih semua yg nak, bayar separuh je dulu. Sepatutnya lagi separuh bayar setelah brg dihantar ke gudang tp slps berbincang, kami setuju utk bayar selepas dorang siap packing brg kami tu & semua kerja2 packing dibuat di hadapan kami.
 
 
 
 
Dah settle semua, hari pun dah ptg..masa utk balik ke hotel..skrg waktu puncak..org tgh balik kerja..so kami pun tenggelam la di tgh2 warga Guangzhou tu..
 
 
Malam keluar lg jalan2 cari makan. METRO LRT ni la transport utama kami di sini..dekat, murah, cepat & senang.
 
 
Lepas makan, merayau pulak ke Beijing Lu..tgk apa ada kt sana..beli cenderahati sikit2..baju2 kt kedai2 sepanjang jalan tu murah juga..T.Shirt yg kain elok pun boleh dpt RM15 je sehelai..tgh SALE
 
 
 
Tamat la sudah acara hari kedua..hmm..cepat je masa berlalu..masih byk lg senarai yg nak cari ni..
Kita STOP dulu ye..bersambung di next episode..TUNGGU!


4 comments:

  1. Boleh wassap kat saya kat mana nak beli cadar.
    boleh beli retail tak untuk kegunaan sendiri
    saya ke guangzhou beli pakain kanak kanak
    01119907366

    ReplyDelete
  2. Boleh wassap kat saya kat mana nak beli cadar.
    boleh beli retail tak untuk kegunaan sendiri
    saya ke guangzhou beli pakain kanak kanak
    01119907366

    ReplyDelete