HOT ITEM!!

HOT ITEM !!







#BANTAL COMFORTER 2in1 RM40 #SET CADAR 4PCS POLYCOTTON RM22 >BELI 2 = RM40 # SET COMFORTER 7PCS QUEEN 100% COTTON RM80 #SET COMFORTER 7PCS KING RM199 #SET CADAR 4PCS 100% COTTON QUEEN RM32, SINGLE RM26 #SELIMUT COTTON QUEEN RM28, CADAR+COMFORTER ANGRY BIRD RM128, CADAR +COMFORTER KARTUN RM128



Saturday 24 December 2011

SET CADAR 4PCS - QUEEN

Set Cadar 4pcs polycotton-Queen mengandungi:
*1 fitted sheet 153cm x 193cm x 26cm
*2 pillow cases 46cm x 72cm
*1 bolster case 37cm x 104cm
*tanpa comforter*

CD01 - sold out

CD02 - only 1 set available

CD 03 - sold out


CD 04 - only 1 set available


CD 05 - sold out


CD 06 - sold out

CD 07 - sold out


CD 08 - sold out

*Warna sebenar mungkin berbeza daripada gambar yang dipaparkan mungkin disebabkan oleh pencahayaan dan kualiti kamera.
HARGA : RM22 (tidak termasuk pos)
BELI 2 = RM40
Berminat? : SMS ke 012-9604120 atau e-mail kasihaidiel35@gmail.com



Tuesday 6 December 2011

PARCEL HILANG..!! OH! TIDAKKK!

Parcel yg ditunggu-tunggu

Pada 16/11/11 saya telah menghantar bungkusan berisi 5 biji bantal serbaguna 2 dlm 1 kepada customer saya dari Labuan melalui pos domestik. Mungkin kerana sebelum ini banyak sangat dengar cerita tentang 'masalah' penghantaran barangan melalui pos malaysia, hati saya sedikit risau..bimbang perkara yang sama berlaku kepada saya.. Pada masa yang sama, saya turut menghantar sampul berisi dokumen kepada cust dari Terengganu melalui pos laju.

Keesokan harinya, melalui semakan 'track & trace' pos malaysia, saya dapati dokumen untuk cust saya dari Terengganu telah selamat diterima..manakala untuk parcel cust dari Labuan masih berstatus 'pengeposan di kaunter kota kemuning'.. "ah..minggu depan sampai la tu" detik hati saya..

Hari berlalu..30/11/11 dpt sms drp cust kt Labuan "hi..nak tanya kenapa bantal saya tak sampai lagi?"..alamak..camana ni..saya terus berkira-kira..hari ni dah masuk 12 hari bekerja..takkan tak sampai lagi kot.. Besoknya saya telefon pejabat pos kota kemuning..pengurusnya sendiri yang angkat..katanya brg dah dihantar ke Glenmarie utk proses seterusnya..saya disuruh menghubungi cust service pos m'sia..saya call 1300300300 lalu buat aduan tentang masalah tu..saya cuma diberikan no repot dan diminta bersabar sementara siasatan dilakukan..

Besoknya, saya cuba follow up dgn cust service lagi..petugas yg sama menjawab panggilan saya dan memaklumkan siasatan masih dijalankan dan diminta menunggu sehingga 6/12/11..saya cuba bertanya tentang status brg yg dihantar..katanya tiada rekod terkini selain drp rekod hari pertama brg tu dipos..maknanya status brg tak diketahui..katanya mungkin barang masih di shah alam..ayoyo..brg belum bergerak..

Saya menunggu dgn penuh debar..nasib baik cust saya agak cool..tak la marah2 sbb brg belum sampai..nak tanya info terkini pun ayat mula dgn 'hi' je..baik betul cust ni..tapi disebabkan tu lah saya rasa sangat bersalah..akhirnya, saya buat keputusan..kalau la sampai 6/12 belum ada apa2 berita baik, saya akan pulangkan semula duit cust tu..masalah dgn pos m'sia biarlah saya sorang je yg tanggung..janji cust tak hilang kepercayaan kepada saya..saya akan bawa masalah ni ke tengah..

Pagi 6/12..saya berdebar2..masih mengharapkan ada berita baik drp pos m'sia.. Tepat 10.35am telefon berbunyi..drp pos m'sia.."bungkusan anda dah dihantar ke Labuan pkl 9 pagi td..dan akan diserahkan kpd penerima selewatnya esok"..Alhamdulillah..tu je ayat yg saya tunggu2..berkali2 pegawai pos di talian tu meminta maaf dan menerangkan sebab2 kelewatan..tak kisah la apapun..saya dah dpt berita gembira..terus sms cust tu..

Pukul 11.50am dpt msg drp cust ..brg dah sampai..Alhamdulillah..sekali lagi saya minta maaf kpd cust tu atas kelewatan penghantaran dan semoga dia tak serik berurusan dengan saya lagi..jawapannya memanjangkan lg senyuman saya.."takpe kesilapan pos malaysia..it's ok"..cayalah cust ni..baik punya orang..

Buat customerku PRESTELLA JOUTY.. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda..bertuah saya mendapat cust seperti anda..semoga anda terus menyokong saya.. TQ! TQ!

Terimalah Parcelmu..Prestella Jouty

Saturday 3 December 2011

SEMOGA MENJADI IKTIBAR..

Assalamualaikum..

Kisah yang akan anda baca ini diharapkan dapat dijadikan iktibar..semoga kita semua tidak lupa..siapa kita..

Fail:Batu nisan (lelaki dan perempuan) kubur Islam.JPG
~gambar hiasan semata-mata~
Kira-kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah , telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut kerana sakit jantung. Allahyarham merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.
Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara-mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.
Kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah. Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya) pun sampai.
Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Anak saudaranya yang masih berada di situ merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Anak saudara pada arwah juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya.
Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulung masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah :

1. 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan, dan>20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
3. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
4. Wang tunainya di bank persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
5. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau, dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
6. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).
Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga buat nya.Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan.Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku.Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah aku faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada di sisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas, akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

~Ihsan Cikgu Azrine, post asal Iluvislam~