HOT ITEM!!

HOT ITEM !!







#BANTAL COMFORTER 2in1 RM40 #SET CADAR 4PCS POLYCOTTON RM22 >BELI 2 = RM40 # SET COMFORTER 7PCS QUEEN 100% COTTON RM80 #SET COMFORTER 7PCS KING RM199 #SET CADAR 4PCS 100% COTTON QUEEN RM32, SINGLE RM26 #SELIMUT COTTON QUEEN RM28, CADAR+COMFORTER ANGRY BIRD RM128, CADAR +COMFORTER KARTUN RM128



Saturday 1 December 2012

GUANGZHOU-Here We Come!

Akhirnya, sampai juga masa yg ditunggu2.. Tiket flight ke Guangzhou 21/11/12 pkl 4.25pm. Pkl 2.15pm lg kami dah sampai LCCT. Tunggu 2 org lg kawan, ikut janji pkl 3pm.. Lepak dulu la.. Dah solat, makan kt rumah td..
 
 
Smlm pun dah dtg sini..hantar anak2 balik rumah neneknya kt Kelantan. Mlm tu pulak terus balik KL Parkir kereta kt sini dari 8am sampai 11pm dgn bayaran RM44..huh! boleh tahan..
 
Kawan kami M datang lambat..mula la kelam kabut nak daftar luggage lg..queue pulak punya la panjang..dah pkl 4.15! Sampai turn kami, dorang tolak mcm tu je brg, x timbang pun, terus suruh kitorang berlari ke gate dlm masa 1 minit tau! Gate dah nak tutup! Apa lg, kami berlari la..habis potong queue..guard pun faham je..nasib baik sempat! Penat giler! Rupanya flight delay sikit dlm 10mnt..dah masuk dlm perut flight, huh! lega..x sabar nak sampai Guangzhou!
 
 
Pkl 8.30pm sampai Baiyun International Airport..ambil luggage..semua dah dpt..tp beg M td xde! Terpaksa la buat report kt kaunter 'lost & found'. Rupanya memang byk kes beg hilang..mungkin tertukar..atau dicuri.. Moralnya, lain kali kena bawa beg yg warna lain dr yg lain..sbb kebykan beg kaler hitam je..
 
Ini beg2 yg tak dituntut
 
Dah settle pasal beg hilang, kami keluar mendapatkan teksi utk ke hotel. Stesen metro pun ada kt tingkat bwh airport ni tp setakat pkl 11 tp utk lebih selesa & senang, kami ambil teksi je..
 
 
Teksi memang byk..beratur je..just tunjukkan kad hotel yg kita nak pergi, then dorang akan hantarkan. Kalau nak bg alamat hotel, kena dlm bahasa cina tau! Sbb dorang x faham. Selalunya tambang dari airport ke hotel dlm RMB100 je(ikut meter) tp termasuk tol dlm RMB120.
 
Kami naik 2 buah teksi mlm tu. Aku & husb 1 teksi..kami pun hampir 'terkena'. Bila sampai hotel, meter menunjukkan RMB97 je tp driver tu minta kami bayar RMB150. Apa lg, bertekak la..minta resit..dia tetap nak RMB150..huhu..husb bayar juga..last2 lps keluarkan beg dr bonet, aku buat2 ambil gambar teksi tu..driver tu terus keluar..suruh delete gambar tu..ha..tau pun takut..tp sbnrnya, aku pun dah mula takut..lps tu, dia masuk dlm teksi & panggil kami..bg baki RMB21..hee..menang jugak. (*nasib baik pergi kursus dgn SJ. Ini tips yg aku dpt dari kursus tu..kalau tambang lebih drp RMB120, maknanya kita dah kena tipu..ugut sikit driver tu..dia mesti takut punyer..hehe)
 
 
Ini la tmpt tinggal kami selama 5h5m ni.. Kitorng dah book awal2 lg.. Lepas check in, masuk bilik masing2, letak brg, keluar balik..apa lg..cari makan..lapar la..masa ni dah 10.30pm
 
Kami pergi Restoran Salam. Makan ala kadar je la..tp sedap juga..
 
 
Siap makan, balik hotel, berehat.. Huh..sepanjang perjalanan kami dr Malaysia ke Guangzhou hari ni, byk betul pengalaman yg kami dpt..
 
Badan dah penat..nak mandi pun dah tak larat.. Akhir nya ter zzz.. Tak sabar nak teroka bumi Guangzhou esok!!
Tunggu!!




Tuesday 23 October 2012

BUAT PASPORT

Kali ni CM nak buat entry tentang prosedur buat pasport. Untuk pengetahuan, CM buat pasport ni kat Pejabat Imigresen Shah Alam (dalam bangunan PKNS)

 
CM sampai sana dalam pukul 1.30pm. Orang punya la ramai..mungkin sebab hari Isnin. CM terus ke 'kaunter nombor giliran & pertanyaan'. CM baru pertama kali nak buat pasport, manakala en. suami nak perbaharui pasportnya sebab baki cuma tinggal 3 bulan je lagi. Kami sebenarnya nak ke Cina bulan depan. Pergi ke Cina perlukan visa & untuk buat visa, baki tempoh sah laku pasport mestilah sekurang-kurangnya 6 bulan.

Ok..kt kaunter tu, kami diberi borang yang sama..kena isi borang tu dulu..maklumat biasa je seperti nama, alamat, negeri asal & ketinggian (tempat ukur ketinggian ada disediakan kat depan kaunter tu) kemudian baru pergi balik ke kaunter tadi untuk dapatkan nombor giliran. Nasihat CM, bawalah pen sendiri ye..sebab boleh cepat isi borang & cepat la dapat nombor giliran..

Lepas tu, tunggu dalam 15 minit, dah sampai giliran..sekejap je sebab kaunter banyak & urusan setiap orang pun tak sampai 5 minit. Kat kaunter tu, bagi borang tadi, IC & gambar pasport 2 keping. Diorang cuma nak sahkan cap jari je..kalau takde masalah, sekejap je la. Tapi kalau cap jari tak boleh dibaca kat mesin tu, diorang akan minta dokumen sokongan lain seperti surat beranak..so kena la standby bawa surat beranak ye..takut terberanak pulak kat situ..hehe

Dah settle, duduk dulu..Dalam 15 minit, nama kita akan dipanggil(dengan mikrofon tau)..Sebenarnya ni kaunter bayaran..so buat la bayaran yang sepatutnya. Kami buat 5 tahun, so bayarannya RM300 seorang.. kalau 2 tahun RM100 seorang. Selepas buat bayaran, diorang akan bagi resit macam ni:

 
 Dah dapat resit ni, kita kena tunggu 2 jam sebelum boleh ambil pasport. Emm..nasib baik la CM buat kat cawangan Shah Alam..dekat dengan shopping kompleks. Nak habiskan 2 jam tu, kami pergi la makan2 & window shopping dulu. Kalau yang belum solat lagi, boleh la solat dulu dalam surau PKNS tu(CM dah lupa tingkat berapa)

Lepas 2 jam, datang balik ke Pejabat Imigresen tu, terus ke kaunter 1, tunjukkan resit tadi, then diorang akan bagi nombor giliran(yang nombor kat atas tu). Kali ni lama sikit menunggu dalam setengah jam gitu..Bila nombor dah naik, terus ke kaunter 1..dapat lah akhirnya pasport tu..kena check dulu tau..nama, no ic betul atau tidak..then diorang suruh kita sign kt pasport tu. SIAP! Kalau nak cover untuk pasport, diorang ada jual kt kaunter tu RM2 je.

Pasport lama en suami diorang kasi balik tapi dah kena 'tanda' la..hehe..simpan buat kenangan.

 

Yang CM perasan, ada sedikit perbezaan pasport lama en suami dengan yg baru ni. Yang lama tu buat tahun 2008.
 
 
Kalau tengok gambar atas ni, yang ada 'tanda' tu yang lama, & yang sebelah kiri tu yang baru. Perbezaan pada muka surat pertama pulak macam kat bawah ni. Pasport baru kena belek sehelai lagi baru ada muka CM yang comel tu..hehe
 
 
 Tak kisah la macam mana pun, yang penting CM dah ada pasport..yeayy!! Bulan depan nak ke Guangzhou Cina.. Nak borong apa ek..? Korang ada idea tak? Share la sini..

Monday 8 October 2012

T.SHIRT LABUH ELYSEE

*Material : soft cotton
*Free Size (muat sampai L), labuh 32"
HARGA : RM40
Postage : RM6(smnj)/RM9(sabah/srwk)

KOD : BM 01-01

KOD : BM 01-02

KOD : BM 01-03

KOD : BM 01-04

KOD : BM 01-05

KOD : BM 02-01

KOD : BM 02-02

KOD : BM 02-03

KOD : BM 02-04

KOD : BM 03-01

KOD : BM 03-02

KOD : BM 04-01

KOD : BM 04-02

KOD : BM 04-03

KOD : BM 04-04

KOD : BM 04-05

KOD : BM 04-06

Berminat?
SMS 012-9604120 atau email kasihaidiel35@gmail.com
atau lawati page kami http://www.facebook.com/ComfortershopMizmas LIKE & pm/message di page.

Monday 16 July 2012

SELIMUT COTTON KARTUN

*Saiz Queen 80" x 65"
*Tebal, lembut & selesa (berat 800g)
*Boleh dijadikan alas tilam
*HARGA : RM32/pc
KOD : SK 81
KOD : SK 82

KOD : SK 83

KOD ; SK 84

*Harga tidak termasuk postage

*Utk ORDER & pertanyaan, SMS 012-9604120 atau email kasihaidiel35@gmail.com atau lawati page kami http://www.facebook.com/ComfortershopMizmas & komen atau pm terus di sana.

Thursday 28 June 2012

T.SHIRT ANGRY BIRDS COMEL

*Material : cotton
*HARGA : RM19
Ukuran bahu:
~Saiz 2 > 11inci
~Saiz 4 > 11.5 inci
~Saiz 6 > 12 inci
KOD : RD 1
available size : 2, 4, 6
KOD : LP 1
available size : 2, 4, 6

KOD : PP 1
available size : 2, 4, 6

KOD : DP 1
available size : 2, 4, 6

Utk saiz 8, 10 & 12, T.Shirt roundneck
HARGA : RM17
Ukuran bahu:
~Saiz 8 > 12.5 inci
~Saiz 10 > 13 inci
~Saiz 12 > 13.5 inci

KOD : RD 2
available size : 8, 10, 12

KOD : LP 2
available size : 8, 10, 12

KOD : PP 2
available size : 8, 10, 12

KOD : DP 2
available size : 8, 10, 12

Postage : RM6(smnj)/RM9(sabah/srwk)
Berminat? SMS ke 012-9604120 atau email kasihaidiel35@gmail.com

Friday 22 June 2012

BERCUTI DI LANGKAWI

Cuti sekolah yg lepas (jun 2012) kami bercuti di Langkawi selama 3 hari 2 malam.

~here we come!~

Memandangkan kampung suami di Kedah, perjalanan kami menjadi lebih mudah. Pagi2 lagi kami bergerak dari K.Nerang ke jeti Kuala Kedah. Sampai di sana dlm pkl 9am. Sewaktu dlm kereta lg, ramai la kutu melambai-lambai menawarkan tmpt parkir kereta. Kami memilih parkir berbumbung, kadar RM20 sehari..total 3 hari RM60 emm..
~pagi2 pun org ramai..maklum la cuti sekolah..~
Kami memilih feri LADA 2, bertolak pkl 9.30am. Feri ni agak besar juga dgn muatan lebih kurang 250 org. Tambang feri RM23(dewasa) & RM17(kanak2). So total utk kami 4 beranak RM80(sehala je tau)

~LADA 1 yg bertolak lebih dahulu..~

~sblm mabuk laut..hehe~

Hari tu, ombak kuat sikit..terasa melambung juga la..si abah dah pening(mabuk laut la tu)..si adik pun beberapa kali muntah..(plastic bag ada disediakan di setiap tiang tgh feri). Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.

Sampai dlm pkl 11am, belum boleh check in hotel lg..so merayau dulu la..optimumkan masa yg ada..sblm tu, ambil kereta sewa dulu..kami sewa viva je (auto) RM100 sehari..sewa sampai lusa, so dikira 2 hari la..total RM200..kalau nak hantar lewat, tambahan RM10 sejam dikenakan..

~pintu masuk kota mahsuri~

Tempat pertama, Kota Mahsuri..harga tiket RM5(dewasa), RM2.50(kanak2). Dlm tu ada mcm2 la..makam mahsuri, telaga mahsuri, muzium  mahsuri, kampung Kedah dsb

~makam mahsuri~

~Kampung Kedah~

~telaga mahsuri~

Kt Telaga Mahsuri ni org akan timba airnya buat basuh muka..tak tahu la utk apa..tp kami tak sempat pun sebab ramai sgt yg menunggu giliran..

~Muzium Mahsuri~

Kt Muzium ni, kita boleh baca kisah hidup Mahsuri, dari dilahirkan sehinggalah difitnah & dibunuh. Terdapat juga beberapa tinggalan sejarah yg dipamerkan.
Selesai melawat Kota Mahsuri, perut dah mula lapar. Maklum la dah dekat pkl 2pm..Kami singgah makan di Restoran Siti Fatimah (terletak di tgh pjln dari Kota Mahsuri ke jeti). Hidangan utk kami berempat : nasi putih 4, ayam goreng 2 ketul, ikan goreng 2 potong, daging goreng, sambal ikan bilis, telur masin, sayur, air laici 2, air suam 1, ais kosong 1 : total RM22..murah kan? Lauk-pauk pun masih byk & bilangan pelanggan pun boleh tahan walaupun dah pkl 2pm. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu.

~Awana Porto Malai Langkawi~

Slps makan kami terus ke hotel utk 'check in'. 3 hari 2 malam termasuk breakfast utk 2 org RM650. Kanak-kanak kena la 'charge' RM15 seorang utk breakfast.

~ada 2 katil queen~

~lepak atas katil & memandang ke luar..damainya..~

~beranda menghadap laut~

~pemandangan bila berdiri di beranda~

Slps berehat sekejap, solat zuhur & asar, apa lagi..mandi kolam la..

~pandangan kolam dari atas~

Penat mandi kolam, perut pun dah lapar balik. Lps maghrib, jalan2 cari makan la..

~makan di Pesona Seafood~

Tomyam seafood, sup tulang, ayam goreng kunyit, telur dadar 2, sambal belacan, nasi putih 4, air suam 4, total RM25.80..ok la..not bad..

Hari kedua, slps breakfast, jalan2 jap kwsn hotel

~belakang tu laut tau..~

~tmpt lepak pun cantik berlangsir lg tau~

~ke belakang tu la bilik kami~

~kt lobby~

~latar belakang pool~

Tmpt seterusnya kami melawat Beras Terbakar kt Kuah. Kwsn Beras Terbakar tu kecil je tp yg byknya ada kedai menjual kain batik & cenderamata. Mengikut kata penjual kt situ, seorang hanya dibenarkan membawa keluar 5 helai kain batik shj. (memang kt jetty pun ada tertulis 'tidak dibenarkan membawa keluar kain batik dari pulau ini')

~kwsn beras terbakar~

~tak pernah lupa cenderahati utk kawan2~

Sementara anak2 & abahnya memilih cenderahati, mamanya pula sibuk memilih kain batik utk mak & mertua..(hehe..diri sendiri tak pandai pakai kain batik)

Destinasi seterusnya, Pantai Pasir HItam. Pasirnya memang hitam tp tak boleh pijak pantai pun sbb hakisan, lagipun ombak besar. Cuma boleh berdiri di tembok je..

~pantai pasir hitam~

Slps tu ke Kolam Air Hangat. Ramai la org merendamkan kaki utk penawar penyakit kulit selain merehatkan minda..

~kolam air hangat~

~nak cuba juga ye..~

Slps tu ke Taman Ular. Ada bayaran dikenakan tp kami tak masuk pun sbb menurut penjaga kaunter tu, ular dah tak banyak..nak kena jalan jauh pulak tu..so tak berbaloi la nak masuk..laigpun kt KL pun ada taman ular ni..jadi tak la ralat sangat..

~taman ular~

Slps makan t/hari, sampai la masanya utk mencari pinggan mangkuk..hehe..kami survey kt Idaman Suri & Haji Ismail Group(HIG). Dua buah kedai ni memang popular di kalangan wanita..Disebabkan harganya lebih kurang sama je, so kami ambil keputusan utk membeli di HIG sbb kedai ni dimiliki oleh org muslim sementara Idaman Suri diterajui oleh org Kristian. Tapi kami beli keesokan harinya sblm balik..senang..boleh terus angkut naik feri.

~corningware 5 beradik RM475, party set porcelin RM89~

Destinasi seterusnya, Pantai Chenang..antara pantai tercantik kt sini..tp disebabkan angin kuat & ombak besar ,ditambah pula ribut & air pasang besar malam sblmnya, pantai ni kelihatan agak kotor..menurut pekerja di situ, air pasang besar malam tadi sehingga memasuki chalet2 tepi pantai tu..

~Pantai Chenang~

Habis la acara lawatan utk hari kedua..balik hotel, sambung mandi kolam lagi la..
Malamnya, kami makan kt satu kedai (lupa lak namanya)..boleh tahan juga..menu yg sama spt malam sblmnya..harga pun lebih kurang sama..kesimpulannya, makan kt sini taklah semahal disangka.

~sblm tu, minum ptg dulu~

Slps makan kami singgah di kedai menjual ubat gamat..orang kata bahan2 berasaskan gamat kt Langkawi ni murah..emm..memang murah pun..minyak gamat yg tutup merah ni 12 botol RM10 je. Balm tu pulak 4 botol RM10.

~hasil gamat~

Balik hotel, ambil angin la sekejap..sambil posing2..esok dah nak balik..

~ambil angin laut~

~mlm pun meriah, ada band group lg~

Hari terakhir kt Langkawi, jadual mcm biasa juga..lps breakfast, jalan2 tgk laut, lps tu mandi kolam.. Then bersiap la utk check out. Lps check out, terus ke tempat yg dirancang..HIG.
Lepas tu singgah pula kt kedai World Of Perfume..sambar la sebotol Ralf Lauren Romance edf 100ml RM255 je. Kt Parkson RM300 tau..ok la tu.

Dah selesai semua, balik ke jeti hantar kereta..alamak! dah terlebih 1 jam drp masa sepatutnya..tp abg tu tak charge lebih pun..rezeki kami la tu..Tiket feri kami pkl 5pm..byk masa lagi..so jalan2 dulu kt Dataran Lang.

~dataran Lang~

~seronok la tu~

~Kunjungan kedua slps kunjungan pertama 11 thn yg lalu~

Kt jeti pun ada cawangan HIG..sementara tunggu feri, cuci2 mata la kt situ dulu..terberkenan la pulak dengan satu porcelin party set RM89 shj..emm..beli lagi la..rezeki kau la HIG..

~HIG cawangan kt jeti~

Kata org, kalau dtg ke Langkawi, mesti beli coklat sbb murah..tp bg kami ia taklah murah sbnrnya. Coklat popular kt situ, 'Daim' sebungkus yg 300g berharga RM16.90 tp kalau beli 3 dpt RM45. Habis la juga RM100  utk coklat shj. Bunyi mcm byk je kan..tp hanya muat 1 beg plastik sederhana shj..

~inilah rupanya coklat DAIM tu~

Sebelum naik feri, kena lalui pemeriksaan kastam. Kalau stay kt Langkawi 3 hari 2 malam, barang yg dibeli tak dikenakan cukai (tapi ada hadnya juga). Oleh itu dinasihatkan anda menyimpan tiket feri sewaktu datang sbg bukti.

Kali ni kami naik feri Bahagia..lebih besar drp feri LADA 1 & 2. Muatan lebih kurang 300 org..nasib baik kali ni takde yg mabuk laut (lgpun abahnya dah makan ubat mabuk laut sblm bertolak hehe)

~ini la hasilnya..hehe~

Tamat la sudah lawatan 3 hari 2 malam ke Langkawi..insya-Allah panjang umur kami sampai lagi..tp sblm tu kami nak kongsi satu pemandangan indah kt Gurun Kedah sewaktu dlm perjalanan dari KL ke K.Nerang, 2 hari sblm ribut & air pasang besar berlaku di pantai2 sekitar Kedah & Langkawi.
Awan tu seolah-olah berada betul2 di atas bumbung kereta kami & seakan nak jatuh ke bumi..

~Maha Suci Allah~

*Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. Kepada yang merancang nak ke Langkawi, selamat bercuti!! Enjoy your holiday!!