HOT ITEM!!

HOT ITEM !!







#BANTAL COMFORTER 2in1 RM40 #SET CADAR 4PCS POLYCOTTON RM22 >BELI 2 = RM40 # SET COMFORTER 7PCS QUEEN 100% COTTON RM80 #SET COMFORTER 7PCS KING RM199 #SET CADAR 4PCS 100% COTTON QUEEN RM32, SINGLE RM26 #SELIMUT COTTON QUEEN RM28, CADAR+COMFORTER ANGRY BIRD RM128, CADAR +COMFORTER KARTUN RM128



Monday 31 October 2011

BERCUTI KE PULAU REDANG

Salam.. Sambil anda meninjau apa2 yang berkenan dalam blog ini, saya ingin membawa anda bercuti ke Pulau Redang. Jom! Sebenarnya, percutian ini dah lama berlaku..tahun 2008..tapi kecantikan dan ketenangan di pulau tu membuatkan kenangan itu sentiasa singgah dalam ingatan..Kami ambil pakej 3D2N termasuk makan dan penginapan untuk 2 dewasa dan 2 kanak2 dengan kos RM1600++
Pakejnya termasuk sekali dengan snockling tapi tak dapek la kami pergi sebab nanti prince dan princess ni nak tinggal kat sape..? Tapi, sebab utama sebenarnya..mamanya takut laut..hehhe
Haii..anak2 abah..bantal busuk tu si adik yg punya..kalau tak bawak, takleh tido la jawabnya..si kakak pun sbnrnya ada 'tuala busuk' tp sejak masuk tadika ni, terpaksalah dia biasa2kan diri berenggang dgn 'pujaan hati'nya tu..
 
Dari jeti, kena naik trak yg kt belakang tu utk ke resort..tak jauh dlm 5 minit je..free of charge je..
Ini pemandangan dari cafe dia..makanan pun boleh tahan la..macam2 lauk ada..lepas makan, layan dulu keindahan alam ciptaan Tuhan ni..
Airnya pantainya memang jernih..boleh nampak anak2 ikan berenang-renang dalam tu..pagi tu, habis satu bungkus roti gardenia kami jamu kat ikan2 tu..Encik suami pulak, sampai tak lena tidur..tak sabar2 nak tengok matahari terbit pagi tu..
Inilah pemandangan matahari terbit kt Pulau Redang..Pukul 6.30am pun dah ramai org lepak kt tepi pantai..
Aktiviti petang kat sini, macam2..main bola kat tepi pantai, pusing2 sekitar pulau, paling best..baring kat buai ni..dengan angin pantainya, redup pokoknya..emm boleh lena..
Satu lagi xtvt kegemaran anak2, apa lagi..mandi kolam la.. Sampai tidur malam pun termimpi2 dok berenang..
Encik suami pun tak habis2 asyik posing je.. Kat belakang tu la tempat penginapan kami.. Laguna Redang Island Resort..
Dah 3 tahun berlalu..bila lah agaknya boleh ke sana lagi..

No comments:

Post a Comment